Friday, August 29, 2008

Kelebihan Hari Jumaat :Part 1


Hari Jumaat dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.
Nama lain bagi hari berkenaan ialah yaumul `l-mazid (hari pemberian tambahan), kerana pada hari tersebut Allah akan memberi rahmat yang banyak kepada hamba-Nya. Segala permohonan yang diminta akan dikabulkan andainya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan “waktu mustajab.”
Waktu mustajab ini tidak mempunyai ketentuan khusus. Dijadikan demikian bertujuan agar setiap hamba itu sentiasa beribadah dan berdoa kepada Allah dalam usaha mencari waktu berkenaan, yang terangkum pada hari Jumaat tadi.
Mengenai waktu mustajab ini Baginda s.a.w. ada bersabda: Malaikat Jibrail r.a., telah datang kepadaku, sedangkan di tapak tangannya ada satu cermin putih. Ia berkata: Ini adalah hari Jumaat, yang telah disediakan untukmu oleh Tuhanmu, untuk menjadi satu hari raya bagimu dan umatmu selepas kau. Di tengah-tengah cermin ini ada satu titik. Aku (Muhammad) bertanya: Titik apakah ini? Ia menjawab: Ia adalah satu saat daripada dua puluh empat jam, barang siapa berdoa kepada Allah taala pada saat itu, nescaya Allah s.w.t. memperkenankan permohonannya. Ia (Jumaat) adalah penghulu semua hari.
Mengenai kemustajaban doa orang yang memohon, yang menepati waktu mustajab ini, Baginda s.a.w. ada bersabda seperti yang tersebut dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah: Pada hari Jumaat itu ada satu saat yang apabila bertepatan dengan seorang Islam ketika ia sedang sembahyang, memohon sesuatu kepada Allah s.w.t., nescaya Allah s.w.t. akan memperkenankannya. Sambil ia mengisyaratkan dengan tangannya, menunjukkan sedikitnya waktu yang dimaksudkan itu.
Biarpun telah dijelaskan tentang tidak adanya ketetapan masa khusus bagi waktu mustajab menurut kebanyakan ulama, namun terdapat pendapat ulama yang berbeza mengenainya.
Dalam sebuah hadis daripada Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a. beliau telah berkata bahawa Abdullah bin Umar r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa waktu mustajab berkenaan ialah antara duduknya iman di atas mimbar sehinggalah sembahyang sempurna dilakukan.
Terdapat hadis lain menyatakan bahawa Baginda s.a.w. ada menjelaskan bahawa waktu tersebut ialah selepas waktu asar pada hari berkenaan. Barang siapa berdoa dan menepati waktu tersebut, maka Allah akan memperkenankan permohonan berkenaan.
Dalam sebuah hadis daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman, beliau berkata, ada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. duduk berkumpul, lalu mereka membincangkan waktu mustajab yang terdapat pada hari Jumaat. Mereka kemudian pergi setelah menetapkan bahawa saat itu ialah pada akhir waktu hari Jumaat.
Jelasnya, penghulu segala hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. Sebagai seorang hamba Allah yang ingin bertakarub, menghampirkan diri kepada Allah, dan melakukan sesuatu yang terbaik, seseorang itu perlu mengambil peluang dengan kehadiran hari yang mempunyai banyak fadilat, yang didatangkan sekali dalam seminggu dengan beribadah agar kehadiran manusia di muka bumi ini bertepatan dengan firman Allah (az-Zariyat:56), iaitu untuk beribadah kepadanya.
Setiap hari Jumaat, Allah s.w.t. mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang....lalalalala


29 Ogos 2008 : Hari ne start macam biasa la awal-awal lagi dah bangun tp hari ne liat skit aku nak bangun, bukan malas nak pergi kerja tp tido syok sangat la tambah plak dengan ujan lebat pagi tadi..heheheheh. Tp aku kena bangun, aku kena pergi kerjaaaaa.....On da way nak g kerja td macam biasa la layan hotfm la, tapi topic ari ne x best sngat la, citer pasal sambutan merdeka.maklum la merdeka dah nak dekat. Tapi wa cakap lu sambutan tahun ne ada "kureng" skit la x semeriah tahun lepas. Mungkin sbb tahun lepas aku join berbaris kot tu la pasal meriah..hahahahahah...tapi tahun ne x rasa sangat la bahang kemerdekaan ne orag kata x hot mcm hotfm la..heheheh..sepanjang perjalanan ke office aku pagi ne apa yang dapat aku perhatikan ada sebijik kereta jer yang pasang jalur gemilang...apo dah kono jang...tp aku sendiri pun x pasang gak..aku x pasang sbb tahun ne x kempen pasang jalur gemilang pun..kalu ada aku x tahu pun..huhuhuhu...Sampai jer opis pagi ne aku terus ngadap comp aku ne, aku kena edit ucapan untuk menteri aku pagi ne..ne untuk majlis perhimpunan bulanan la ne, tp biasa la keje PRO ne mmg mcm tu la..dah la aku dapat tahu kna buat speach ne rabu lepas huhuhu...masak gak aku nak kena buat benda ne..tp dah sattle dah semua tu...lego rasanya. Tapi ari ne best sbb big bos aku nak belanja makan nasi bryani..heheheh...makanan yang paling best ialah makanan yang orang belanja.hehehehe..ok aku nak sambung keje plak..

Thursday, August 28, 2008

My Happy Family


This is my big family...ne semua berkumpul masa sepupu aku nak bertunang ari tu tap aku dah tak ingat bila tarikh dia..huhuhuhu..tp sayang la aku x dapat joint diaorg semua..tp kepada sepupu aku tu semoga berbahagia sampai ke anak cucu..(dah kahwin dah ari tu) dan doa2 kan la aku ne supaya cepat2 la kawen plok...heheheheh

My Photo..heheheh



Gambar aku samasa muda-muda dulu,huhuhuhhu...

Permulaan Blog

28 Ogos 2008, 7:30 am - Dalam perjalanan ke office kt Putrajaya, sambil-sambil drive, sambil-sambil dok layan traffic jam, cuaca pun hujan renyai-renyai dan sambil-sambil dok layan radio hotfm. Satu topic yang boleh dikatakan menarik bagi saya, coz pagi ni dj-dj ne membincangkan topic berkenaan penggunaan blog. Apa yang menarik perhatian saya macam mana orang-orang zaman sekarang meluahkan perasaan, berkongsi maklumat, berhubung menggunakan kaedah blog ini. Banyak dibincangkan berkenaan +ve n -ve side about this new thing. Tak disangka this new thing give a big impact to our nowadays life, so interesting. So I'm trying to explore this new thing, new for me but maybe not to other. Coz of that I'm trying to create my own blog today.Tetapi bagi permulaan ini mungkin x banyak yang dapat saya coretkan tp i will try my best to full fill my blog.