Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya....Yahoooo

26 September 2008 : Wah...ari ne last day aku kerja, esok aku dah start cuti raya..yahooo...x sabar2 nak balik kampung ne..bestnya..tp yang tak bestnya masa nak balik mesti jem gila2 ne..huhuhuh..tahun lepas 13 jam aku drive nak sampai kampung..huhuhuh..biasanya 7 jam jer.tp apa leh buat jem ne macam dah jadi satu acara wajib bila musim2 raya macam ne..tp sebenarnya jem tu la menunjukkan kemeriahan sambutan hari raya . Seo kepada semua aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin" kepada yang memandu nak balik kampung tu berhati-hati di jalan raya dan ingat orang yang tersayang. Kalau makan kuih raya tu ingat-ingat la kat aku ne..heheheh..

Thursday, September 25, 2008

53 produk tenusu disita

PUTRAJAYA - Sebanyak 53 produk tenusu susu telah ditarik daripada pasaran sejak kelmarin untuk pemeriksaan keselamatan bagi menentukan bebas bahan melamin atau bahan kimia. Antara produk itu adalah :


1. Coklat M&M,
2.Snickers,
3.Kek Orion,
4.Gula-gula White Rabbit,
5.Gula-gula Lobster,
6.Lolipop KIKI,
7.Yogurt Omiyaki,
8.Biskut beras Want Want
9.Makanan bayi Take One.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, hasil ujian yang dijalankan oleh Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi ke atas kesemua produk terbabit akan diketahui hari ini.
"Mengikut senarai yang telah dikemaskini, sebanyak 324 produk hasilan susu keluaran 13 syarikat disahkan tiada bahan melamin," jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, antaranya produk-produk keluaran Mead Johnson, Dumex, Nestle, Fonterra, Mamee, Dutch Lady, Ace Canning, Maestro Swiss Food, Wyeth, Marigold, Horlick, Abbott dan Yakult.
Tambah beliau, Kementerian Pelajaran juga akan diminta memastikan kantin sekolah tidak menjual bahan makanan import dari China.

Huru-hara


25 September 2008 : Teruk mmg teruk hari ne, huru hara jadinya aku hari ne. Ne semua pasal susu beracun la ne. Kecoh satu malaysia pasal kes ne, so apa lagi aku la kena handle semua media yang nak dapatkan maklumat pasal kes ne. Semalam menteri dah buat PC pasal ne, tp hari ne Ketua Pengarah Kesihatan plak nak buat PC. Mula-mula cakap nak buat esok pastu ubah plak hari ne..mau tak glabah aku nak kena ubah balik jadual PC ne, nak kasi satu kat press satu hal, conform diaorg pun mesti panas punya. Aku pun panas gak ne syok2 aku dok tulis blog aku ne tetiba jer padam comp aku ne..kena la aku taip balik. Hampeh..Tp yang lagi hampeh aku kena jaga bilik gerakkan untuk kes susu ne.huhuhuhu..sampai malam plak tu dah la 2 hari..huhuhuhuh.Tp apa leh buat dah mmg keje aku, so kena la buat.

Wednesday, September 24, 2008

Lamanya Tak Menulis...


24 September 2008 : Wah lama tul aku x update blog aku ne, sibuk skit la minggu lepas n minggu ne. Banyak kerja nak kena siapkan ne maklum la minggu lepas banyak hari aku kat luar opis ne. Apa lagi berlambak-lambak la keje aku kat opis ne. Tp sebenarnya aku dah x der mood nak buat kerja ne. Aku dah x sabar2 ne nak balik raya he..heheheheh...wah bestnya dapat balik raya. Tapi bukan aku sorang jer tp org lain pun sama gak dan datang mood raya dah semua tu..hehehehe..Dalam opis aku pun dah siap2 gantung kad raya n pasang lampu raya dah ne..lagi la x sabar2 nak raya ne..Tapi aku tahun ne x beli apa2 pun lagi nak raya ne,ntahla dah tua2 ne tak la ghairah sangat nak beli baju2 raya ne..pakai jer yang mana ada. Baju melayu tahun lepas pun leh pakai lagi, tahun lepas pakai sehari jer baju tu..tp tahun ne setakat hari ne sekeping kad raya pun aku x terima lagi ne..huhuhuhuhu...x orang nak hantar ke kat aku ne..

Friday, September 19, 2008

Akhirnya Selamat..


19 September 2008 : Lega rasanya, akhirnya selesai juga kerja aku ne. Penat bukan main lagi nak siapkan kerja aku ne 3 hari aku dok berkampung kat Hotel Crown Plaza ne..huhuhuhu..Wei pnat gak la nak menjaga media untuk program antara bangsa ne..tp allhamdulillah dengan kerjasama dan bantuan daripada semua majlis ne dapat dijalankan dengan lancar walaupun ada sedikit perubahan yang tidak dirancang..terima kasih kepada rakan-rakan dari Jabatan Penerangan Malaysia yang sudi memberikan bantuan dan kepada rakan-rakan opis yang lain pun tq very much..heheheh..kalau ikutkan aku mmg aku tak naka dah masuk opis ptg ne, tido lkat umah lagi baik tp sbb banyak keje lagi yang tak siap ne terpaksa la aku balis semula opis ne.. Tp sebenarnya walaupun letih buat keje2 macam ne tp seronok sebenarnya.hehehehehe..dapat jumpa ramai la orang n kena layang macam2 perangai manusia ne ada yang ok tu ok la, tp kalau yang buruk tu rase macam nak sepak jer,tp nasib baik la orang kalu kucing dah lama dah aku sepak..heheheheh...sabar...sabar...aku nak upload gambar tp gamabr x der lagi ngam aku ne tp x perl a esok lusa la aku uploadkan.

Wednesday, September 17, 2008

Huhuhu...Hari Yang Betul2 Masak Buat Keje

17 September 2008 : Hari ne burmula la hari yang sibuk bagi aku untuk minggu ni, sepanjang 3 hari ne aku sibuk berkampung kat Crown Plaza Mutiara K.Lumpur. Dari pagi sampai malam ne. Ne semua sebab kementerian aku sibuk2 nak anjurkan Asia Pasific Health Minister's Meeting On Health la ne..So apa lagi kami semua di PRO Unit ne sibuk la kena kerah tenaga untuk menyediakan media room. Banyak benda la kami semua kena siapkan untuk wartawan2 yang akan datang esok ne. Tp nak buat macam mana dah kerja buat jer la. Tp hari ne aku tngk internet Pak Lah tukar jawatan plak, terkejut gak la aku. Aku ingatkan terus nak letak jawatan tp tukar jawatan dengan najib la plak. Esok ne majlis ne najib la yang lancarkan ne..huhuhuh..pastu kena layang wartawan asing lagi ne..yang palig aku malas kena cakap orang putih la..bukan aku x reti tp takut diaorg yang x paham apa aku cakap..hehehehehe...Tp bestnya aku ari ne dapat bukak puasa kat hotel 5 bintang..hehehehe.Jng jelous....Chow..

Tuesday, September 16, 2008

Kursus Induksi Di Trolak pada 14-24 Julai 2008..Best

Kawan-kawan ne aku nak share gambar masa g kursus induksi dekat Trolak ari tu..best giler dapat jumpa korang semua..ne sikit jer kalu nak banyak lagi contect la aku..nnti aku pass kt korang..

Aktiviti pertama: Kita orang semua kena ikat tangan ngam tali pastu suh jalan sama-sama serentak..yang tak tahan tu kena panjat bukit la plak..huhuhuhu..tp gambar ne menunjukkan kita org semua telah berjaya melepasi halangan bukit tu..tngok semua muka lega jer..hehehehe















Aktiviti kedua : Aktiviti ne best gak, diamana kita org semua diberikan buluh, tali n tong untuk dijadikan rakit. Pastu diaorg suh kita org semua dayung rakit tu dalam kolam ne la..huhuhuh..gilos busuk air tu..Tp dengan keazaman kita org semua berjaya siapkan rakit tu n yang paling best group kita org dpt tempat pertama dalam aktiviti ne..walaupun group kita org ne yang paling last skali siapkan rakit tu..hehehehe..malam tu dapat makn durian sbg hadian..hehehehe..yang lain jng jelous..















Aktiviti ketiga : Yang ne best gak, yang ne bertujuan untuk menguji kreativiti kita org semua..tp kump kami ne mmg kreatif la. Stakat suruh koyak2 kertas buat gelang besar tu kacang jer la.. hehehehe..Tngok gambar tu kita orang group first yang siap tau.. heheheh.. sukses... sukses..sukses.. heheheheeh..

Haaa....ne la group kita org "Great Dozen" hehehehe..Nice to meet u all, korang mmg best...hope dapat join apa-apa aktiviti dengan korang lagi..n dont putus contect k.. Tp ne bukan semua aktiviti yang dapat aku ceritakan, banyak lagi la aktiviti yang kita org buat kat sana tu. Penat mmg la penat tp best la kalau nak release tension leh la datang sini tp induksi ne skali jer..huhuhuhuh..Tu yang best2 jer aku ceritakan yang x best aku malas la nak cerita...

Monday, September 15, 2008

Isnin Datang Lagi..


15 September 2008- Hari ne mula la bilik rutin aku ari2, kena la g ker ja plok..tp raser kejap jer 2 hari cuti ne..huhuhuh..macam org lain la kalu hari isnin ne mmg liat la nak g kerja..Ari ne cuaca redup jer macam nak hujan tp sampai sekarang x hujan pun. Harap2 tak hujan la ari ne, taku2 ptg nnti nak balik kerja baru nak hujan..huhuhuhu dah la ari ne aku mai kijer ngam motor je..conform kuyup la kalau hujan petang ne.. Bukan apa dah 3 kali dah punch card aku merah ne, asyik lewat jer masuk opis, bukan aku sengaja pun, kalau dikirakan awal2 lagi aku turun g opis tp jalan kat putrajaya ne jem tu yang jadi lambat dah la parking pun susah nak dapat. So hari ne aku naik moto jer datang opis ne..huhuhuhuh.Minyak pun jimat..Tapi hari ne kerja banyak siot..huhuhuhuh..ne baru ada masa nak tngok2 blog aku ne...

Friday, September 12, 2008

Minggu Ne Penat La..huhuhuhuh



Ari ne Jumaat 12 Sept 2008, kejap jer rasanya dah sampai hari jumaat dah..tp minggu ne penat la skit, dah la ada exem 2 hari..huhuhuhu..tp x tau la apa kputusan exem aku tu tp rase macam hampeh jer..dah la org g exem bawak buku semua tp aku bawak diri jer..pastu mula la glabah nak jawab soalan huhuhuh..apo la nasib badan. per2 pun kalu x lulus tahun depan aku ambik lagi..baru jer masuk opis smalam trus kena g function kt hospital Putrajaya plok..dah separuh hari kat sana..penat gilos..maklum la puasa kan...ari ne plok meeting sampai petang..dah lepas meeting ne makin banyak la kijer aku ne nak kena siapkan buletin KKM plok..huhuhuh..sedih la..

Kelebihan Hari Jumaat : Part 3


Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang itu memperbanyak selawat pada hari Jumaat. Pada hari kiamat nanti, semua amalan baik dan jahat akan diperlihatkan. Setiap selawat yang dituturkan akan diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w.
Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang berselawat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Siapa berselawat ke atasku pada hari Jumaat lapan puluh kali, diampunkan baginya dosa-dosa selama lapan puluh tahun.
Amalan lain yang perlu dilakukan ialah membaca al-Quran. Sebaik-baik ibadah ialah orang yang membaca al-Quran dan mengajarnya.
Dalam sebuah hadis dijelaskan Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Barang siapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat.
Menurut sebuah hadis lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa membaca surah al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya hinggalah ke Jumaat berikutnya, dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat sehingga pagi, dan ia terpelihara daripada penyakit sopak, kusta dan fitnah dajal.
Dalam kisah yang lain pula Rasulullah SAW bersabda:


“أضل الله عن الجمعة من كان قبلنا. فكان لليهود يوم السبت. وكان للنصارى يوم الأحد. فجاء الله بنا. فهدانا الله ليوم الجمعة. فجعل الجمعة والسبت والأحد. وكذلك هم تبع لنا يوم القيامة. نحن الآخرون من أهل الدنيا والأولون يوم القيامة المقضي لهم قبل الخلائق”


“Allah menyesatkan umat sebelum kita dari hari Jumaat. Adapun kaum Yahudi (tersesat ke hari Sabtu, Nasrani ke hari Ahad. Kemudian Allah SWT mendatangi kita dan menunnjukkan kita ke hari Jumaat. Lalu Dia menjadikan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan seperti itu mereka akan mengikuti kita pada hari Qiamat. Kita adalah umat terakhir dari umat dunia dan umat pertama pada hari Kiamat yang akan diputuskan (perkara) di antara mereka sebelum makhluk-makhluk yang lain.[1]


Hari Jumaat ialah hari yang disabdakan baginda SAW:


“خير يوم طلعت عليه الشمس، يوم الجمعة. فيه خلق آدم. وفيه أدخل الجنة. وفيه أخرج منها. ولا تقوم الساعة إلا في يوم الجمعة”


Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.[2]


Ibn Qayyim berkata di dalam Zadul Ma’ad:


وكان من هديه صلى الله عليه وسلم تعظيمُ هذا اليوم وتشريفه، وتخصيصه بعبادات يختص بها عن غيره. وقد اختلف العلماء: هل هو أفضلُ، أم يومُ عرفة؟


Dan adalah di antara petunjuk Rasululah SAW adalah pengagungan dan dan penghormatan kepada hari ini, dan pengkhususan dengan ibadah-ibadah yang yang tidak ada pada hari lainnya.[3]


Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan 30 kelebihan dan keutamaan hari Jumaat di antaranya:


1) Hari raya yang berulang-ulang. Oleh kerana itu kita diharamkan berpuasa pada hari itu untuk membezakan kita dengan apa yang dilakukan oleh orang Yahudi dan Nasrani. Ia juga berfungsi supaya seorang hamba dapat melaksanakan ibadah pada hari itu dengan bertenaga seperti solat, doa dan lain-lain.2) Hari tambahan; di mana Allah SWT akan nampak pada hari itu di hadapan orang-orang mukmin di syurga;


لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيد


Mereka beroleh apa Yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia Yang tidak terlintas di hati mereka).


3) Wujudnya saat di mana doa’ dikabulkan:


فيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائمٌ يُصَلِّي، يَسْأَلُ اللهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا


Padanya terdapat satu saat , dimana tidaklah seorang hamba muslim mendapatkannya dalam keadaan berdiri mendirikan solat, dia memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala melainkan Ia (Allah SWT) akan mengabulkannya- dan Baginda SAW mengisyaratkan dengan tanganya yang menandakan pendeknya saat itu.[4]


4) Mempunyai banyak kelebihan beramal soleh di dalamnya; sabda Rasulullah SAW:


خمس من عملهن في يوم كتبه الله من أهل الجنة : من عاد مريضا و شهد جنازةو صام يوما و راح يوم الجمعة و أعتق رقبة


Ada lima perkara yang barangsiapa mengamalkannya dalam satu hari, maka Allah menulisnya sebagai ahli syurga: Orang yang menjenguk orang sakit, menyaksikan jenazah, puasa satu hari[5], mendirikan solat Jumaat dan memerdekakan seorang budak.[6]


5) Hari terjadinya kiamat:


ولا تقوم الساعة إلا في يوم الجمعة


Tidak akan berlaku hari kiamat kecuali pada hari Jumaat.[7]


6) Hari di mana dosa di ampunkan. Sabda Rasulullah SAW:


لا يغتسل رجل يوم الجمعة، ويتطهر ما استطاع من طهر، ويدهن من دهنه، أو يمس من طيب بيته، ثم يخرج فلا يفرق بين اثنين، ثم يصلي ما كتب له، ثم ينصت إذا تكلم الإمام، إلا غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى


Tiadalah seorang lelaki mandi di hari Jumaat, dan bersuci apa yang mampu dia sucikan, memakai minyak rambut atau minyak wangi dari rumahnya, kemudia keluar dan tidak memisahkandi antara dua orang (yang sedang duduk di masjid), kemudia bersolat apa yang telah diwajibkan ke atasnya, kemudian senyap ketika imam memberi khutbah melainkan diampunkan baginya apa yang di antara hari itu dan hari Jumaat yang seterusnya.[8]
7) Orang yang berjalan kaki untuk solat Jumaat akan mendapat pahala yang besar. Rasulullah SAW bersabda:


من غسَّل يوم الجمعة واغتسل، ثم بكّر وابتكر، ومشى ولم يركب، ودنا من الإِمام فاستمع ولم يلغ؛ كان له بكل خطوة عمل سنة أجر صيامها وقيامها


Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaii kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.[9]


8) Antara satu Jumaat ke Jumaat yang lain adalah penghapus dosa. Sabda Rasulullah SAW:


من اغتسل، ثم أتى الجمعة، فصلى ما قدر له. ثم أنصت حتى يفرغ من خطبته. ثم يصلي معه، غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى، وفضل ثلاثة أيام


Barangsiapa yang mandi lalu pergi untuk menunaikan solat Jumaat, kemudian bersolat (sunat) dengan apa yang dia mampu, kemudian senyap hingga khatib selesai khutbah, seterusnya bersolat bersamanya, maka diampunkan untuknya dosa di antara Jumaat itu dan Jumaat seterusnya, bahkan dia dilebihkan 3 hari.[10]

Monday, September 8, 2008

Isnin Yang Sibuk...




Wah...wah....ari ne dah masuk isnin balik dah, raser kejap jer cuti sabtu ahad ne..huhuhuh, rasa x puas pun nak tido. Ari ne pun puasa dah masuk hari yang ke 8 dah..ada lagi 22 hari lagi bulan Ramadhan ni lepas ne raya la plak..tp sayang la kalu bulan Ramadhan ne x di manfaatkan dengan sepenuh-penuhnya. Bukan apa banyak fadhilat bulan Ramadhan ne. Aku pun stakat ne peratusan kehadiran ke sembahyang teraweh kira ok lagi la..heheheheh..tahun ne aku nak pecah rekod tahun lepas-lepas g traweh. Ari ne macam biasa la ari isnin, banyak benda la aku kena buat, tp ari ne pagi2 lagi dah buat aku hangin, sapai opis nak punch kad, mesen dia plok rosak. Masuk opis nak guna computer aku, x leh nak bukak plak plug tmpat aku x leterik plak..huhuhu.. Dalam kul 8.45 baru la ada..spoil tul la..mmg slalu mcm ne dah brapo kali dah cakap kat pengurusan tp x pe2 pun..hampeh..Baru jer duduk atas kerusi aku ne dah samapai paper plok. Bukan stakat paper ari ne saje tp paper yang sabtu n ahad skali..huhuhuh bukan main banyak lagi aku nak kena baca ne..dah sattle semua baru la aku buat kerja rutin aku ne, apa lagi check aduan la..nasib baik la ari ne x banyak aduan, ada la dalam 5 aduan jer..lego rasanya..tp yang banyak nya nak buat maklum balas, huhuhuhuh..keje ni rumit skit sebab perlukan kepakaran untuk mengngayat nak antar maklum balas kat pengadu ne..huhuhu, silap ayat kena maki kat pengadu plok..skarang ne sapo kata kijer kerajaan ne senang, sasah la...Esok lagi prob bagi aku, esok n lusa (09 n 10 Sept 08) aku ada exem undang-undang kerajaan, mampus la aku langsung aku tak paham apa yang aku baca semalam.dah la ayat dalam buku undang2 tu belit2, karpal singh je yang tahu ayat belit2 macam tu...huhuhu..tp pe2 pun aku kena ambik gak kalu tak mampus aku x comform keje aku..dah conform gaji pun masyukkkkk.... wish me luck k..

Friday, September 5, 2008

Kelebihan Hari Jumaat :Part 2




Pada hari Jumaat, Allah taala mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat. Allah berfirman: Wahai malaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka tidak berdosa sedikitpun.
Kebesaran hari Jumaat bukan hanya dimaklumi oleh manusia atau malaikat, tetapi semua makhluk Allah , termasuk kejadian lain seperti bumi, langit, angin dan lain-lain lagi. Kesemuanya memohon belas kasihan kepada Allah pada hari berkenaan.
Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah ciptakan Adam a.s. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. Pada hari tesebut Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah , langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
Di antara amalan yang perlu dilakukan pada hari berkenaan ialah:
* Memperbanyakkan istighfar. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa barang siapa banyak beristighfar, Allah akan beri jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapi, akan digembirakan andainya mengalami dukacita, dan akan diberi rezeki yang banyak.
* Memperbanyakkan selawat. Berselawat bererti berdoa, iaitu memohon berkat dan rahmat. Selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat dan keberkatan. Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan serta meletakkan diri baginda lebih hampir kepada-Nya.
Selawat manusia ke atas Rasul s.a.w. bererti pengakuan tentang kerasulannya, juga permohonan kepada Allah agar Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan, iaitu memuliakan agama yang dibawa, serta melahirkan kemuliaannya terhadap kemuliaan nabi-nabi yang lain.
Tersebut dalam hadis-hadis tentang kelebihan berselawat, di antaranya ialah mendapat rahmat Allah . Menghampirkan diri kepada Allah . Memperoleh hubungan rapat dengan nabi.
Seseorang yang berselawat dan memberi salam, selawat dan salam itu akan sampai kepada Nabi s.a.w. Allah memberi pahala dengan berlipat ganda kepada orang yang berselawat pada hari Jumaat.
Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan: Bahawa barang siapa berselawat untukku sekali, nescaya Allah s.w.t. berselawat untuknya sepuluh kali.
Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang memperbanyakkan selawat kerana selawat itu akan menjadi cahaya bagi orang yang berkenaan pada hari kiamat kelak.
Barang siapa berselawat ke atas nabi pada waktu pagi sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan mendapat syafaat s.a.w. pada hari kiamat kelak.
Setiap doa yang dipohon hendaklah disertakan dengan selawat. Doa seorang hamba itu terawang-awang di antara langit dan bumi, tidak berganjak sedikitpun sehinggalah seseorang itu berselawat ke atas nabi.

Thursday, September 4, 2008

Today 04 September 2008


Wah...pnatnya aku ari ne bukan main banyak lagi keje nak kena cover ari ne..huhuhuhu. Maklum la dan 5 hari aku bercuti ne..start 30 Ogos sampai 3 Sept. Cuti mmg la best tp yang tak bes bila balik opis bertambun la keje yang x buat. Gini la kejer aku sehari harian, ari ne dari kul 8.00 pagi lagi aku dok ngadap comp nak siapkan kerja aku. Macam2 la nak kena buat ari ni dengan aduan yang minggu lepas x sattle lagi, tambah lagi aduan minggu ne, pemantauan media lagi kena siapkan, nak follow up aduan lagi..huhuhuhuh, macam-macam la but i luv my job la..skrg ne dah relex skit, semua dah sattle dah. Tp masa cuti ari tu aku balik la kampung aku, dah lama la x balik sambut puasa kat kampung ne..best gak la dkt kampung ne..tp nak sampai sama huhuhuh 7 jam aku drive sorg2..bosan giler...tp x per la janji selamat sampai..Bukan apa aku pun dah dekat 3 bulan x balik kampung ne, nak la gak jenguk2 org tua aku kat kampung tu, apa kbhabar diaorg kat kampung tu..Ne baru ada masa nak tulis blog aku ne..Aku tengok petang ne skali lagi ujan lebat..sama la semalam bukan main lebat ujannya, masa tu plak aku dok tngah pusing2 kat bazar ramadhan tiba2 ujan lebat apa lagi kuyup la aku ne..huhuhuh.hari ne nampaknya kena sedikan payung sebelun hujan ne..skrg ne ada lagi 20 minit nak kul 5 ne...huhuuhu..

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM"


04 September 2008, Syukur Alhamdulillah pada tahun ne skali lagi kita dapat bersama-sama meraikan bulan Ramadhan 1429 Hijrah. Di kesempatan ini aku rasa tak terlambat lagi bagi aku nak mengucapkan:


"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM"


Apa yang kita dapatkan semoga dapat lah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah kita di bulan yang mulia ne. Jangan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi lebih daripada itu sebenarnya. Memang la bukan senang nak tahan godaan setan ne, tp sempena bulan puasa ne semua setan2 yang berkeliaran telah dibelenggu. Kalau ada juga yang buat benda2 yang x baik tu dia sendiri la setan..heheheheh..