Wednesday, December 10, 2008

MALAYSIA 2 - 3 VIETNAM



10 Dis 2008 - Semangat aku nak tengok bola hari tu Malaysia vs Vietnam, apa yang aku sangkakan Malaysia mesti dapat sayurkan jer budak2 Vietnam ne..Tp sebaliknya plak, dari awal sampai habis kalau ikutkan % posisi mmg kita nampak kukuh skit tp dari segi taktikal bagi aku masih lagi ada banyak kekuranganya. Aku bukan nak bandingkan skuad negara kita ne dengan mana-mana negara gergasi bola. Tetapi apa yang aku tengok cara diaorg main tu dengan negara2 lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan 2 3 buah negara lagi sudah jauh jurangnya. Sejarah telah membuktikan kalau satu ketika dahulu negara kita ne sangat digeruni oleh negara2 asia tenggara yang lain, kalau sebut jer nama Malaysia diaorg akan cakap "hebat".


Setakat Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam semua tu sayur jer. Tapi sekarang kita makin ketinggalan kita nak kalahkan Singapura pun ssh skrang ne. Kalau dulu Singapura main dalam Liga Malaysia, senang2 jer kalau kita nak beat mereka di peringkat negara, tetapi sekarang dah lain. Kalau kita tengok kenapa Singapura keluar dari Liga Malaysia, mungkin dia nampak Liga kita semakin hari semakin hilang sainganya so apa lagi cabutla buat liga sendiri. Tp sini bukan aku nak cerita pasal team Singapura, tetapi team negara kita ne. Tak tahu la apa masalahnya kalau nak bandingkan dari segi fasiliti, x ada masalah dah skarang ne. Nak bandingkan 20 tahun dahulu dengan sekarang dah jauh beza tp kualiti team dulu2 jauh lebih hebat dari sekarang. Kerajaan habiskan jutaan ringgit untuk team kita ne tetapi nampaknya ini satu pelaburan yang merugikan.


Dah banyak peluang kita berikan, dah banyak pendedahan yang kita berikan, dah ramai jurulatih kita pakai tp hasilnya tetap sama malah makin parah. Tapi dari pengamatan saya dan rakan2 yang lain ialah niat pemain sekarang bermain bola. Mungkin mereka rasa main bola ne bukan apa hanya sebagai kerja. Ko main bola kalah ke menang ker bulan2 tetap dapat gaji so apa yang nak sungguh2 sangat. Kalau ada match antarabangsa kita pg main pastu leh g jalan2 makan angin. Apa yang saya nampak team kita ne bukan bermain untuk negara tetapi bermain untuk FAM, mereka tak ada semangat untuk harumkan nama negara pun, tengok jersi la, orang kalau wakil negara pakai la lambang bendera Malaysia bukan lambang FAM. Sekiranya perkara ini benar2 berlaku ini merupakan satu malapetaka bagi sukan no 1 kita ini.


Kita dah jauh ketinggalan sekarang ne dari segi pengurusan FAM, kita tidak lagi boleh bersaing dengan negara lain sekiranya tiada pengurusan strategik dilaksanakan. Kita kena berfikiran terbuka dan "think ahead then others". Pihak pengurusan bukan sahaja hanya wujud untuk membuat proposal mendapatkan peruntukkan kewangan semata-mata tetapi perlu aktif untuk "Rebranding" semula team Malaysia ni sesuai dengan kehendak semasa. Kita tidak lagi perlukan pengurusan yang kuno dan statik. Kepada mereka yang bertanggunjawab perlu ada rasa malu dengan apa yang mereka uruskan sekiranya ianya gagal. Tetapi kita hendaklah sedar dan menjadikan kegagalan ini sebagi satu titik permulaan kepada kejayaan. "Kegagalan Yang Memalukan Ialah Kegagalan Untuk Berubah Dari Kegagalan".


Bukan niat aku nak kritik pasukan negara aku ne tetapi aku terpaksa la demi cintakan sukan no.1 negara ini. KIta tidak boleh salahkan penjaga gol kerana kegagalan ini tetapi ini semua adalah kegagalan semua dari pihak. Dari pihak akar umbi sehingga lah ke pucuk pimpinan semuanya menyumbang kepada kegagalan ini so tak perlulah nak menunding jari kepada saper2. Ini termasuk kepada peminat-peminat team negara ini gak sebab x bagi sokongan kepada team negara. Rata2 saya dengan org cakap habis la Malaysia msti kalah ne, kalau 40 org cakap mcm tu dah jadi doa tu, maka kalahla Malaysia. Penyokong ne bukan sahaja perlu turun untuk bersorak di stadium tptapi perlu berdoa agar team kita menang. Apa yg sy dengan banyak caci dari doa...Walau pe2 pun saya ttp sokong Team Malaysia tapi bukan team FAM. Saya seru kepada semua sayangilah sukan no.1 anda ini. Malaysia Boleh...

Tuesday, December 9, 2008

i'am back..."Selamat Hari Raya Aidil Adha"



09 Dis. 2008 - Pertama sakali aku nak ucapakan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua n saper2 yang baca blog aku ne..Sebenarnya dah lama aku x update blog aku ne..huhuhuhu maklum la ujung2 tahun ne mmg sibuk giler la...mmg bnyk giler la prog2 yang nak buat so aku kena la ikut..Disebabkan kesibukkan ne gak la aku x dapat balik raya..huhuhuh..tahun ne aku raya kat sini jer..tp sdh gak sbb mula-mula mmg la aku dah bertolak balik ke kampung pada pagi sabtu (06 Dis 08) tp belum sampai umah pun lagi bos aku call suh balik bertugas..huhuhuh...so apa nak buat terpakasa la aku berkorban...pagi (07 Dis 08) aku ambik tiket flight balik KL balik..penat tak ingat aku ari tu dah la masa nak balik kampung tu jem teruk. Biasa aku balik sana 6 atau 7 jam jer tp kali ne sampai 15 jam (dalam kul 12.00 tgh mlm) baru sampai umah bayangkan macam mana..huhuhhu. Pe2 pun aku nak ucapkan takziah la kepada penduduk2 di Bukit Antarabangsa tu yang terlibat dengan tanah runtuh.Banyak2 la berdoa dan bersabar ne merupakan dugaan daripada Allah kpd kita manusia dan kita kena la berkorban. Aku pun sama la terpaksa berkorban cuti raya aku untuk bertugas..huhuhu..Pagi raya tu aku pg la smyg raya dkt surau umah aku tu...sedih pun ada gak la tp nak buat macam mana. Sana pun ada buat korban gak so apa lagi aku join la skali tolong2 apa yang patut..tp pagi tu risau gak sbb hujan dari smalam tak berenti.. tp tngk skrg ne mmg la musim hujan pun..tu lg la risau aku dah la kete ada kt kampung kalau tiap2 hari ujan macam ne masak la aku nak g kerja..huhuhuhu...Tp aku ingat nak balik gak kampung ne dalam hujung2 bulan ker balik lama sikit ganti cuti raya ne..hehehehehe..