There was an error in this gadget

Wednesday, December 10, 2008

MALAYSIA 2 - 3 VIETNAM



10 Dis 2008 - Semangat aku nak tengok bola hari tu Malaysia vs Vietnam, apa yang aku sangkakan Malaysia mesti dapat sayurkan jer budak2 Vietnam ne..Tp sebaliknya plak, dari awal sampai habis kalau ikutkan % posisi mmg kita nampak kukuh skit tp dari segi taktikal bagi aku masih lagi ada banyak kekuranganya. Aku bukan nak bandingkan skuad negara kita ne dengan mana-mana negara gergasi bola. Tetapi apa yang aku tengok cara diaorg main tu dengan negara2 lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan 2 3 buah negara lagi sudah jauh jurangnya. Sejarah telah membuktikan kalau satu ketika dahulu negara kita ne sangat digeruni oleh negara2 asia tenggara yang lain, kalau sebut jer nama Malaysia diaorg akan cakap "hebat".


Setakat Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam semua tu sayur jer. Tapi sekarang kita makin ketinggalan kita nak kalahkan Singapura pun ssh skrang ne. Kalau dulu Singapura main dalam Liga Malaysia, senang2 jer kalau kita nak beat mereka di peringkat negara, tetapi sekarang dah lain. Kalau kita tengok kenapa Singapura keluar dari Liga Malaysia, mungkin dia nampak Liga kita semakin hari semakin hilang sainganya so apa lagi cabutla buat liga sendiri. Tp sini bukan aku nak cerita pasal team Singapura, tetapi team negara kita ne. Tak tahu la apa masalahnya kalau nak bandingkan dari segi fasiliti, x ada masalah dah skarang ne. Nak bandingkan 20 tahun dahulu dengan sekarang dah jauh beza tp kualiti team dulu2 jauh lebih hebat dari sekarang. Kerajaan habiskan jutaan ringgit untuk team kita ne tetapi nampaknya ini satu pelaburan yang merugikan.


Dah banyak peluang kita berikan, dah banyak pendedahan yang kita berikan, dah ramai jurulatih kita pakai tp hasilnya tetap sama malah makin parah. Tapi dari pengamatan saya dan rakan2 yang lain ialah niat pemain sekarang bermain bola. Mungkin mereka rasa main bola ne bukan apa hanya sebagai kerja. Ko main bola kalah ke menang ker bulan2 tetap dapat gaji so apa yang nak sungguh2 sangat. Kalau ada match antarabangsa kita pg main pastu leh g jalan2 makan angin. Apa yang saya nampak team kita ne bukan bermain untuk negara tetapi bermain untuk FAM, mereka tak ada semangat untuk harumkan nama negara pun, tengok jersi la, orang kalau wakil negara pakai la lambang bendera Malaysia bukan lambang FAM. Sekiranya perkara ini benar2 berlaku ini merupakan satu malapetaka bagi sukan no 1 kita ini.


Kita dah jauh ketinggalan sekarang ne dari segi pengurusan FAM, kita tidak lagi boleh bersaing dengan negara lain sekiranya tiada pengurusan strategik dilaksanakan. Kita kena berfikiran terbuka dan "think ahead then others". Pihak pengurusan bukan sahaja hanya wujud untuk membuat proposal mendapatkan peruntukkan kewangan semata-mata tetapi perlu aktif untuk "Rebranding" semula team Malaysia ni sesuai dengan kehendak semasa. Kita tidak lagi perlukan pengurusan yang kuno dan statik. Kepada mereka yang bertanggunjawab perlu ada rasa malu dengan apa yang mereka uruskan sekiranya ianya gagal. Tetapi kita hendaklah sedar dan menjadikan kegagalan ini sebagi satu titik permulaan kepada kejayaan. "Kegagalan Yang Memalukan Ialah Kegagalan Untuk Berubah Dari Kegagalan".


Bukan niat aku nak kritik pasukan negara aku ne tetapi aku terpaksa la demi cintakan sukan no.1 negara ini. KIta tidak boleh salahkan penjaga gol kerana kegagalan ini tetapi ini semua adalah kegagalan semua dari pihak. Dari pihak akar umbi sehingga lah ke pucuk pimpinan semuanya menyumbang kepada kegagalan ini so tak perlulah nak menunding jari kepada saper2. Ini termasuk kepada peminat-peminat team negara ini gak sebab x bagi sokongan kepada team negara. Rata2 saya dengan org cakap habis la Malaysia msti kalah ne, kalau 40 org cakap mcm tu dah jadi doa tu, maka kalahla Malaysia. Penyokong ne bukan sahaja perlu turun untuk bersorak di stadium tptapi perlu berdoa agar team kita menang. Apa yg sy dengan banyak caci dari doa...Walau pe2 pun saya ttp sokong Team Malaysia tapi bukan team FAM. Saya seru kepada semua sayangilah sukan no.1 anda ini. Malaysia Boleh...

Tuesday, December 9, 2008

i'am back..."Selamat Hari Raya Aidil Adha"



09 Dis. 2008 - Pertama sakali aku nak ucapakan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua n saper2 yang baca blog aku ne..Sebenarnya dah lama aku x update blog aku ne..huhuhuhu maklum la ujung2 tahun ne mmg sibuk giler la...mmg bnyk giler la prog2 yang nak buat so aku kena la ikut..Disebabkan kesibukkan ne gak la aku x dapat balik raya..huhuhuh..tahun ne aku raya kat sini jer..tp sdh gak sbb mula-mula mmg la aku dah bertolak balik ke kampung pada pagi sabtu (06 Dis 08) tp belum sampai umah pun lagi bos aku call suh balik bertugas..huhuhuh...so apa nak buat terpakasa la aku berkorban...pagi (07 Dis 08) aku ambik tiket flight balik KL balik..penat tak ingat aku ari tu dah la masa nak balik kampung tu jem teruk. Biasa aku balik sana 6 atau 7 jam jer tp kali ne sampai 15 jam (dalam kul 12.00 tgh mlm) baru sampai umah bayangkan macam mana..huhuhhu. Pe2 pun aku nak ucapkan takziah la kepada penduduk2 di Bukit Antarabangsa tu yang terlibat dengan tanah runtuh.Banyak2 la berdoa dan bersabar ne merupakan dugaan daripada Allah kpd kita manusia dan kita kena la berkorban. Aku pun sama la terpaksa berkorban cuti raya aku untuk bertugas..huhuhu..Pagi raya tu aku pg la smyg raya dkt surau umah aku tu...sedih pun ada gak la tp nak buat macam mana. Sana pun ada buat korban gak so apa lagi aku join la skali tolong2 apa yang patut..tp pagi tu risau gak sbb hujan dari smalam tak berenti.. tp tngk skrg ne mmg la musim hujan pun..tu lg la risau aku dah la kete ada kt kampung kalau tiap2 hari ujan macam ne masak la aku nak g kerja..huhuhuhu...Tp aku ingat nak balik gak kampung ne dalam hujung2 bulan ker balik lama sikit ganti cuti raya ne..hehehehehe..

Friday, November 7, 2008

Wah lamanya...

07 November 2008 : Wah lama tul aku tak update blog aku ne hampir 3 minggu gak la rasanya...bukan pe tp 2 3 minggu ne sibuk la skit banyak keje kat luar...ari tu 1 minggu dekat Terengganu, minggu ne sibuk ngam meeting plak, minggu depan kena g kursus plak kat Melaka seminggu gak..huhuhuhuhu..wah penatnya. Kalau kwar lama2 ne yang paling risau kejer kat opis la...minggu ne masuk jer opis ari isnin ari tu mak ai.....bertimbun fail atas meja ne banyak giler aduan yang pending x org yg selesaikan..terpakasa la aku cover balik nak muntah rasanya nak cover seminggu punya keje ne..huhuhuh..ne nak g melaka plak ne x tau la aku..x per la nak buat macam mana..huhuhu

Thursday, October 23, 2008

Maklumat Terkini Mengenai Melamin


KEPADA ANDA SEMUA YANG YANG INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MELAMIN BOLEH MENDAPATKANYA DI LAMAN WEB BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (BKKM)




ATAU HUBUNGI TALIAN


03-88833655/88833503/88833652/ 88833500


Talian ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam termasuk cuti umum

Friday, October 17, 2008

Jamuan Lagi..heheheh

17 OKTOBER 2008 : Hari ne makan lagi..heheheh.ari ne opis aku buat makan lagi, menu hari ne banyak pilihan la skit ada nasi dagang, laksa, lemang, rendang dan macam-macam lagi la..jenuh aku nak makan..abis la aku lepas ne kena exercise giler2 la ne..nni naik lagi berat aku ne..Ari ne ari pertama aku pakai baju melayu g opis..sblum ne x pnah aku pakai ne g opis mula-mula segan la gak tp sbb smua geng2 laki nak pakai so x la segan sangat. Tp makin kacak ada lah...hahahahah. Ari ne jumaat lagi esok dah nak dah nak cuti 2 hari lagi..tp rasa2 kejap jer berlalu setahun ne..ne dah nak masuk bulan 11 dan ne..sebulan lagi masuk la tahun baru plak..rasa makin hari makin tua la la plak. Tp nak buat macam mana manusia mmg macam ne..Tp sampai hari ne aku rasa puas hati dengan apa yang aku ada la..apa yang aku rancang alhamdulillah kebanyakkanya tercapai. Next year kena ada perancangan lain plak..tp untuk tahun depan aku kena usaha lebih la skit..Tp keje sbg PRO ne mmg la banyak keje, banyak benda kena sattlekan segera..mula-lula mmg la shock gak keje macam na tp lama-lama dah ok dah..

Thursday, October 16, 2008

Meeting..meeting..meeting dan meeting


16 Oktober 2008 : Wahhhhhhhhh...bznya aku ari ne..huhuhuh. Ari ne aku pagi petang kna meeting plak. Dah la pagi td aku kena meeting kat angkasapuri pastu balik kena plak meeting kat sini plak..huhuhuh..Tadi kat angkasapuri sia-sia jer aku g sana jenuh aku tunggu pengerusi meeting lebih sejam la aku tunggu pastu baru ada orangv cakap dia pergi meeting lain plok.huhuhu..sedih tul la..nasib baik meeting petang ne berjalan lancar tp yang x bestnya ne mesti aku kena jadi urusetia untuk KPI plak ne..dah la keje aku pun banyak..(tp ada masa plak nak tulis blog) huhuhuhu...Tp nak buat macam mana "Aku Yang Menurut Perintah" kena la ikut..Tp hari ne semua la kwar g meeting. Td balik dari angkasapuri trus kena tolong handle press conference plak..tp x per la esok ada jamuan raya plak kat unit aku ne..heheheh..leh makan lagi..gmuk la aku jadinya.

Wednesday, October 15, 2008

Fizal Tahir - Cuba


CUBA - Fizal Tahir

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan akuItulah aku…padamu
Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku


nak lagu ne download di :

Monday, October 13, 2008

Jamuan Raya Unit Aku..Makan dan makan lagi.huhuhuhu

13 Oktober 2008 : Wah..ari ne opis aku ada la buat jamuan hari raya secara kecil-kecilan tp ok la lemang, satay, nasi himpit semua ada la..huhuhuhu.tak tahu la apa dah jadi ngam aku ne asyik nak mengunyah jer lepas pada puasa ne..tp apa yang aku takut makin naik la berat aku ne huhuhuh..tp mmg la aku ne makin selera rasanya..minggu ne asyik makan free plak tu. lagi la..makan jer manjang..ne sambil aku dok menulis ne pun aku dok bedal kuih raya lagi ne..x per la makan jer masa sehat ne kalau dah x sehat bagi la apa2 pun mmg dah tak nak dah..tp aku dah tekad nak bersenam lepas pada ne..heheheh. Tp minggu ne hari Jumaat ada Jamuan lagi unit aku ne. Hehehehe..apa lagi makan lagi la.Kementerian aku plak 22 Oktober lagi best. Apa la menu tahun ne plok..kambing golek kot..hahahaha..Tp mmg macam ne la tiap-tiap tahun mesti ada jemputan umah terbuka. Ala masa ne la nak belanja org lain makan kalau hari biasa ssh skit nak belanja ramai-ramai so raya lah masanya..Tp amaran kepada orang-orang yang ada darah tinggi dan kencing manis kurangkan makan daging, lemak dan makanan yang manis-manis. Pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.heheheeheheh







Friday, October 10, 2008

TIPS UNTUK JADI BAHAGIA : PART 1


10 OKTOBER 2008 : Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku nak kongsi bersama kawan-kawan semua tentang tips untuk mendapatkan kebahgian di dunia dan di akhirat. Insya-Allah sekiranya kita sentiasa beriman kepada Allah, maka bahgialah hidup kita ini.

1. Keimanan menghapuskan keresahaan, dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.

2. Yang lalu telah berlalu, dan yang telah pergi telah mati. Jangan difikirkan yang telah lalu karana telah pergi dan selesai.

3. Terimalah qadha yang telah pasti dan rezeki yang telah dibagi itu dengan hati terbuka. Segala sesuatu itu ada ukurannya. Karananya, menyahkan kegelisahaan.

Thursday, October 9, 2008

The Asia Pacific Health Minister Conference On Climate Change And Health

Ne semua gambar-gambar masa aku dan kawan-kawan aku yang lain buat press control di Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Tiga hari aku kat sana..huhuhuhu..boleh tahan gak la penatnya. Tp x per janji keje semua satte. Thanks to all my rakan-rakan seperjuangan kerana sudi membantu.
Kawan-kawan seperjuangan n my boss


Masa yang ditunggu-tunggu...kita makan dulu..hehehehe

Meting main-main.....

Majlis tandatangan kontrak antara Malaysia dan Jepon (hehehehehe) main-main jer


Ada gaya tak nak jadi Malaysia next leader..heheheheh