
Friday, September 26, 2008
Selamat Hari Raya....Yahoooo

Thursday, September 25, 2008
53 produk tenusu disita


"Mengikut senarai yang telah dikemaskini, sebanyak 324 produk hasilan susu keluaran 13 syarikat disahkan tiada bahan melamin," jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, antaranya produk-produk keluaran Mead Johnson, Dumex, Nestle, Fonterra, Mamee, Dutch Lady, Ace Canning, Maestro Swiss Food, Wyeth, Marigold, Horlick, Abbott dan Yakult.

Tambah beliau, Kementerian Pelajaran juga akan diminta memastikan kantin sekolah tidak menjual bahan makanan import dari China.
Huru-hara

Wednesday, September 24, 2008
Lamanya Tak Menulis...

Friday, September 19, 2008
Akhirnya Selamat..

Wednesday, September 17, 2008
Huhuhu...Hari Yang Betul2 Masak Buat Keje
Tuesday, September 16, 2008
Kursus Induksi Di Trolak pada 14-24 Julai 2008..Best
Aktiviti pertama: Kita orang semua kena ikat tangan ngam tali pastu suh jalan sama-sama serentak..yang tak tahan tu kena panjat bukit la plak..huhuhuhu..tp gambar ne menunjukkan kita org semua telah berjaya melepasi halangan bukit tu..tngok semua muka lega jer..hehehehe
Aktiviti kedua : Aktiviti ne best gak, diamana kita org semua diberikan buluh, tali n tong untuk dijadikan rakit. Pastu diaorg suh kita org semua dayung rakit tu dalam kolam ne la..huhuhuh..gilos busuk air tu..Tp dengan keazaman kita org semua berjaya siapkan rakit tu n yang paling best group kita org dpt tempat pertama dalam aktiviti ne..walaupun group kita org ne yang paling last skali siapkan rakit tu..hehehehe..malam tu dapat makn durian sbg hadian..hehehehe..yang lain jng jelous..
Aktiviti ketiga : Yang ne best gak, yang ne bertujuan untuk menguji kreativiti kita org semua..tp kump kami ne mmg kreatif la. Stakat suruh koyak2 kertas buat gelang besar tu kacang jer la.. hehehehe..Tngok gambar tu kita orang group first yang siap tau.. heheheh.. sukses... sukses..sukses.. heheheheeh..
Monday, September 15, 2008
Isnin Datang Lagi..

Friday, September 12, 2008
Minggu Ne Penat La..huhuhuhuh

Kelebihan Hari Jumaat : Part 3

Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang berselawat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Siapa berselawat ke atasku pada hari Jumaat lapan puluh kali, diampunkan baginya dosa-dosa selama lapan puluh tahun.
Amalan lain yang perlu dilakukan ialah membaca al-Quran. Sebaik-baik ibadah ialah orang yang membaca al-Quran dan mengajarnya.
Dalam sebuah hadis dijelaskan Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Barang siapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat.
Menurut sebuah hadis lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa membaca surah al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya hinggalah ke Jumaat berikutnya, dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat sehingga pagi, dan ia terpelihara daripada penyakit sopak, kusta dan fitnah dajal.
Dalam kisah yang lain pula Rasulullah SAW bersabda:
“أضل الله عن الجمعة من كان قبلنا. فكان لليهود يوم السبت. وكان للنصارى يوم الأحد. فجاء الله بنا. فهدانا الله ليوم الجمعة. فجعل الجمعة والسبت والأحد. وكذلك هم تبع لنا يوم القيامة. نحن الآخرون من أهل الدنيا والأولون يوم القيامة المقضي لهم قبل الخلائق”
“Allah menyesatkan umat sebelum kita dari hari Jumaat. Adapun kaum Yahudi (tersesat ke hari Sabtu, Nasrani ke hari Ahad. Kemudian Allah SWT mendatangi kita dan menunnjukkan kita ke hari Jumaat. Lalu Dia menjadikan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan seperti itu mereka akan mengikuti kita pada hari Qiamat. Kita adalah umat terakhir dari umat dunia dan umat pertama pada hari Kiamat yang akan diputuskan (perkara) di antara mereka sebelum makhluk-makhluk yang lain.[1]
Hari Jumaat ialah hari yang disabdakan baginda SAW:
“خير يوم طلعت عليه الشمس، يوم الجمعة. فيه خلق آدم. وفيه أدخل الجنة. وفيه أخرج منها. ولا تقوم الساعة إلا في يوم الجمعة”
Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.[2]
Ibn Qayyim berkata di dalam Zadul Ma’ad:
وكان من هديه صلى الله عليه وسلم تعظيمُ هذا اليوم وتشريفه، وتخصيصه بعبادات يختص بها عن غيره. وقد اختلف العلماء: هل هو أفضلُ، أم يومُ عرفة؟
Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan 30 kelebihan dan keutamaan hari Jumaat di antaranya:
1) Hari raya yang berulang-ulang. Oleh kerana itu kita diharamkan berpuasa pada hari itu untuk membezakan kita dengan apa yang dilakukan oleh orang Yahudi dan Nasrani. Ia juga berfungsi supaya seorang hamba dapat melaksanakan ibadah pada hari itu dengan bertenaga seperti solat, doa dan lain-lain.2) Hari tambahan; di mana Allah SWT akan nampak pada hari itu di hadapan orang-orang mukmin di syurga;
لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيد
3) Wujudnya saat di mana doa’ dikabulkan:
فيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائمٌ يُصَلِّي، يَسْأَلُ اللهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا
4) Mempunyai banyak kelebihan beramal soleh di dalamnya; sabda Rasulullah SAW:
خمس من عملهن في يوم كتبه الله من أهل الجنة : من عاد مريضا و شهد جنازةو صام يوما و راح يوم الجمعة و أعتق رقبة
Ada lima perkara yang barangsiapa mengamalkannya dalam satu hari, maka Allah menulisnya sebagai ahli syurga: Orang yang menjenguk orang sakit, menyaksikan jenazah, puasa satu hari[5], mendirikan solat Jumaat dan memerdekakan seorang budak.[6]
5) Hari terjadinya kiamat:
ولا تقوم الساعة إلا في يوم الجمعة
Tidak akan berlaku hari kiamat kecuali pada hari Jumaat.[7]
6) Hari di mana dosa di ampunkan. Sabda Rasulullah SAW:
لا يغتسل رجل يوم الجمعة، ويتطهر ما استطاع من طهر، ويدهن من دهنه، أو يمس من طيب بيته، ثم يخرج فلا يفرق بين اثنين، ثم يصلي ما كتب له، ثم ينصت إذا تكلم الإمام، إلا غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى
Tiadalah seorang lelaki mandi di hari Jumaat, dan bersuci apa yang mampu dia sucikan, memakai minyak rambut atau minyak wangi dari rumahnya, kemudia keluar dan tidak memisahkandi antara dua orang (yang sedang duduk di masjid), kemudia bersolat apa yang telah diwajibkan ke atasnya, kemudian senyap ketika imam memberi khutbah melainkan diampunkan baginya apa yang di antara hari itu dan hari Jumaat yang seterusnya.[8]
7) Orang yang berjalan kaki untuk solat Jumaat akan mendapat pahala yang besar. Rasulullah SAW bersabda:
من غسَّل يوم الجمعة واغتسل، ثم بكّر وابتكر، ومشى ولم يركب، ودنا من الإِمام فاستمع ولم يلغ؛ كان له بكل خطوة عمل سنة أجر صيامها وقيامها
Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaii kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.[9]
8) Antara satu Jumaat ke Jumaat yang lain adalah penghapus dosa. Sabda Rasulullah SAW:
من اغتسل، ثم أتى الجمعة، فصلى ما قدر له. ثم أنصت حتى يفرغ من خطبته. ثم يصلي معه، غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى، وفضل ثلاثة أيام
Monday, September 8, 2008
Isnin Yang Sibuk...

Friday, September 5, 2008
Kelebihan Hari Jumaat :Part 2

Kebesaran hari Jumaat bukan hanya dimaklumi oleh manusia atau malaikat, tetapi semua makhluk Allah , termasuk kejadian lain seperti bumi, langit, angin dan lain-lain lagi. Kesemuanya memohon belas kasihan kepada Allah pada hari berkenaan.
Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah ciptakan Adam a.s. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. Pada hari tesebut Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah , langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
Di antara amalan yang perlu dilakukan pada hari berkenaan ialah:
* Memperbanyakkan istighfar. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa barang siapa banyak beristighfar, Allah akan beri jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapi, akan digembirakan andainya mengalami dukacita, dan akan diberi rezeki yang banyak.
* Memperbanyakkan selawat. Berselawat bererti berdoa, iaitu memohon berkat dan rahmat. Selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat dan keberkatan. Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan serta meletakkan diri baginda lebih hampir kepada-Nya.
Selawat manusia ke atas Rasul s.a.w. bererti pengakuan tentang kerasulannya, juga permohonan kepada Allah agar Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan, iaitu memuliakan agama yang dibawa, serta melahirkan kemuliaannya terhadap kemuliaan nabi-nabi yang lain.
Tersebut dalam hadis-hadis tentang kelebihan berselawat, di antaranya ialah mendapat rahmat Allah . Menghampirkan diri kepada Allah . Memperoleh hubungan rapat dengan nabi.
Seseorang yang berselawat dan memberi salam, selawat dan salam itu akan sampai kepada Nabi s.a.w. Allah memberi pahala dengan berlipat ganda kepada orang yang berselawat pada hari Jumaat.
Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan: Bahawa barang siapa berselawat untukku sekali, nescaya Allah s.w.t. berselawat untuknya sepuluh kali.
Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang memperbanyakkan selawat kerana selawat itu akan menjadi cahaya bagi orang yang berkenaan pada hari kiamat kelak.
Barang siapa berselawat ke atas nabi pada waktu pagi sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan mendapat syafaat s.a.w. pada hari kiamat kelak.
Setiap doa yang dipohon hendaklah disertakan dengan selawat. Doa seorang hamba itu terawang-awang di antara langit dan bumi, tidak berganjak sedikitpun sehinggalah seseorang itu berselawat ke atas nabi.
Thursday, September 4, 2008
Today 04 September 2008

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM"
